fbpx

EU bakal bina kubu kalis bunyi di Brussels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang kemuncak bilik mesyuarat Majlis Eropah di Brussels, Belgium, 20 Februari 2020 - AFP / Ricardo Pareggiani

BRUSSELS, Belgium – Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan perbelanjaan berjumlah AS$8.1 juta (RM35.8 juta) untuk membina bunker atau kubu bawah tanah di Brussels, lapor laman RT, semalam.

Pembinaan ‘rumah selamat’ itu didakwa bagi membolehkan para pemimpin negara anggota EU untuk bertemu secara rahsia.

Ruang itu akan dilindungi daripada gangguan elektronik dan semua alat elektronik tidak dibenar dibawa masuk bagi memastikan segala maklumat tidak dibocorkan kepada Russia.

Satu laman berita, EUobserver mendakwa telah melihat memo EU yang menerangkan mengenai projek itu. Ia dikatakan bakal terdiri daripada dewan yang boleh menampung sehingga 100 orang termasuk 34 pemimpin negara dan kakitangan berkaitan.

Bakal dibina menjelang 2024, kubu itu terletak di satu lokasi rahsia di dalam kompleks Majlis Eropah di ibu negara Belgium.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada EU membina dewan itu sebagai tindak balas kepada ancaman keselamatan tertentu atau atas dasar berhati-hati. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI