fbpx

14 maut dalam insiden tembakan bar di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis belum dapat memberikan butiran lanjut mengenai motif kejadian. - AFP

JOHANNESBURG, AFRIKA SELATAN – Seramai 14 orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di sebuah bar di bandar Soweto, dekat dengan Johannesburg, Afrika Selatan, kata polis hari ini.

“Kami dihubungi pada pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, 12 orang didapati telah meninggal dunia,” kata Komisioner Polis wilayah Gauteng, Leftenan Elias Mawela.

Menurut Elias, 11 lagi individu dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan, namun dua daripadanya kemudian meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 14 orang.

Tambah polis, pihaknya sedang menyiasat beberapa laporan yang menyatakan bahawa sekumpulan lelaki tiba dalam bas mini dan melepaskan tembakan terhadap sebilangan pengunjung bar tersebut, lapor akhbar Arab News.

“Siasatan awal mendapati bahawa pengunjung sedang menikmati waktu malam mereka di bar tersebut sebelum secara tiba-tiba mereka mendengar bunyi tembakan. Kami belum mendapat maklumat lanjut lagi setakat ini mengenai motif tembakan dan mengapa mereka menyasarkan kesemua mangsa,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, empat individu terbunuh dalam satu lagi insiden tembakan di Pietermaritzburg, timur Afrika Selatan.

Insiden itu berlaku pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan) semalam, yang turut mengakibatkan lapan mangsa tercedera, kata jurucakap polis, Nqobile Gwala. – AFP/Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI