fbpx
SEBAHAGIAN bakal jemaah dan ahli keluarga yang berkumpul di KLIA, Sepang kelmarin selepas mereka gagal berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. – IHSAN PEMBACA

Jemaah curiga jadual penerbangan kerap tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Tiada apa yang mampu dilakukan oleh bakal jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin selain berharap nasib yang menimpa mereka mendapat pembelaan.

Seorang mangsa dikenali sebagai Azura, 58, berkata, dia tetap menerima takdir itu dengan hati terbuka dan menyedari rezekinya untuk menunaikan haji belum tiba.

“Nasi sudah menjadi bubur. Mungkin kerana terlalu sangat ingin pergi tahun ini, saya mudah percaya dengan janji manis yang ditaburkan walaupun pada asalnya kami patut berlepas 26 Jun lalu.

“Sebelum ini ada bakal jemaah yang pertikaikan mengapa pe­nerbangan banyak ditangguhkan dan mereka juga tidak pernah menunjukkan visa kepada kami.

Tangkap layar video yang tular di laman media sosial semalam memaparkan segelintir jemaah haji gagal berlepas ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, pihak agensi pelancongan bijak menghantar wakil yang pandai memujuk dan menenangkan kami,” katanya ketika ditemui di KLIA semalam.

Berita berkaitan: Isu terkandas, jemaah haji terima semula duit pakej

Berita berkaitan: Rujuk Tabung Haji sebelum beli pakej haji agensi luar

Azura yang juga pesara kerajaan berkata, dia kini buntu memikirkan wang sebanyak RM35,000 yang telah dibayar termasuk pasport miliknya yang masih berada dalam simpanan agensi pelancongan itu.

“Tiada apa yang boleh dilakukan sekarang selain membuat laporan polis dan mencari jalan agar wang yang telah dibayar sebanyak RM35,000 dan pasport kami yang dipegang oleh agensi pelancongan itu dapat dikembalikan semula,” katanya.

Tambah Azura, sebelum ini dia dan bakal jemaah lain berurusan dengan dua individu bergelar Haji dan Datuk, namun mereka gagal dihubungi sejak kelmarin.

“Saya dihantar oleh suami ke KLIA kira-kira pukul 11 pagi kerana diberitahu perlu berada di sini pada pukul 12 tengah hari.

“Daripada penerbangan pukul 2 petang, ditukar ke pukul 4.30 petang kemudian ditukar lagi ke pukul 7 malam sehinggalah kami semak tiada lagi penerbangan ke Jeddah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN