fbpx

Bukan masa hendak naikkan caj klinik swasta – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – “Ini bukan masanya untuk menaikkan harga pelbagai caj di klinik swasta ketika ini kerana kita tahu rakyat sedang susah,” tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tambah beliau, memang terdapat jadual caj yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk fasi­liti kesihatan swasta, namun buat masa ini, jadual tersebut tidak pernah dipinda atau diubah.

“Mereka (klinik swasta) sebelum ini ada minta berkenaan caj untuk dinaikkan sebab sudah lama harga caj terbabit tidak berubah.

“Harga siling, contohnya konsultasi memang ada mereka minta untuk dinaikkan. Kita akan adakan sesi libat urus untuk bincangkan berkenaan isu ini.

Berita berkaitan: Gaji minimum antara punca caj klinik jadi mahal

“Ini merupakan kerisauan pihak kementerian kerana caj yang terlalu tinggi sepertimana laporan yang telah didedahkan,” katanya pada sidang akhbar khas di Bangunan Parlimen semalam.

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga ada membuat perbincangan dari semasa ke samasa bersama pengendali fasiliti kesihatan swasta untuk memahami dengan lebih lanjut lagi ketulusan mengenai caj yang dikenakan pihak mereka.

Berita berkaitan: Caj klinik mahal, terpaksa beri anak sisa ubat

“Caj yang mereka letakkan adalah terlalu tinggi, sesi libat urus juga akan diadakan berpe­ringkat bagi memastikan yuran atau caj yang dikenakan adalah tidak membebankan rakyat.

“Secara spesifik pihak kementerian akan menyiasat laporan (berita) tersebut,” jelasnya.

Gambar hiasan

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan muka hadapan Kosmo! semalam berkenaan caj tinggi yang dikenakan oleh klinik swasta ketika ini.

Kosmo! semalam melaporkan, ramai ibu bapa terpaksa berfikir dua kali untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik swasta yang ketika ini mengenakan caj tinggi terutama melibatkan perkhidmatan pemeriksaan dan ubat-ubatan.

Situasi itu sekali gus menyebabkan ada ibu bapa yang sanggup memberi anak mereka sisa ubat yang disimpan hampir enam bulan lalu selain mendapatkan rawatan tradisional yang jauh lebih murah.

Seorang suri rumah, Izyan Adnan, 40, mendakwa, bukan sahaja harga barang makanan dan keperluan meningkat, kos rawatan dan ubat-ubatan juga semakin mahal.

Katanya, dahulu, caj rawatan klinik swasta hanya sekitar RM30, tetapi kini telah meningkat kepada RM60 seorang.

Perkara itu turut diakui Persatuan Perubatan Malaysia yang mendedahkan terdapat beberapa kenaikan beberapa caj di klinik swasta.

Katanya, peningkatan caj rawatan perkhidmatan dan ubat-ubatan itu turut melibatkan penyelenggaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI