fbpx

‘Scammer’ guna Sijil Pematuhan Syariah Angkasa perdaya mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL FATTAH Abdullah (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Koperasi Pekerja-pekerja Kumpulan Sokongan Melaka Berhad di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menerima 30 laporan berhubung penyalahgunaan Sijil Pematuhan Syariah oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdayakan mangsa khususnya dalam bidang pelaburan.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kegiatan penipuan itu dilihat semakin membimbangkan dan pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan individu serta syarikat terlibat.

“Setakat ini kita telah terima 30 laporan penyelewengan penggunaan Sijil Pematuhan Syariah oleh syarikat tidak bertanggungjawab.

“Jadi saya ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan percaya jika ada individu atau syarikat yang kononnya mempelawa untuk membuat pelaburan,” katanya ketika sidang akhbar dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa (ACCRS) di Ayer Keroh, di sini.

Tiga koperasi yang memeterai MoA tersebut adalah Koperasi Pekerja-pekerja Kumpulan Sokongan Melaka Berhad, Koperasi Majlis Perbandaran Melaka Berhad dan Koperasi Perubatan dan Kesihatan Melaka Berhad.

Ujar Abdul Fattah, sijil itu juga hanya dikeluarkan Angkasa kepada koperasi-koperasi yang mendaftar sebagai ahli dan orang ramai boleh membuat semakan ketulenan sijil dengan membuat imbasan kod QR pada dokumen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI