fbpx

Rujuk Tabung Haji sebelum beli pakej haji agensi luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 380 jemaah Haji terkandas di KLIA.

PUTRAJAYA – Orang awam perlu mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Lembaga Tabung Haji (TH) jika ingin menunaikan ibadah haji dengan agensi luar bagi mengelak daripada kejadian penipuan pakej.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau akui kecewa dengan insiden membabitkan 400 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Beliau berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ianya melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam termasuklah pihak agensi yang menguruskan jemaah haji.

“Saya mengambil maklum berkenaan isu bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA dan Hotel Movenpick KLIA melibatkan hampir 400 orang.

“Saya juga telah dimaklumkan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap perkara ini dan tindakan pihak juga telah dimulakan bagi proses siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Saya memohon kepada pihak yang teraniaya supaya tabah dan terus mengambil peluang pada Hari Arafah untuk bermunajat dan mendapatkan keredaan Allah, walaupun tidak dapat hadir menunaikan haji di Tanah Suci Mekah,” pintanya.

Sebelum ini, lebih 380 jemaah Haji terkandas di KLIA ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI