fbpx

Rambut kanak-kanak 6 tahun panjang 1.2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine tidak pernah memotong rambutnya sejak lahir. - Mirror

LONDON – Seorang budak perempuan berumur enam tahun di England memecahkan Kid’s World Record bagi rambut terpanjang kategori kanak-kanak.

Jasmine Bains dari Littleover, Derbyshire, tidak pernah menggunting rambutnya dan ia kini memecah rekod dunia kanak-kanak apabila mencapai panjang 1.2 meter.

Jasmine yang memecahkan rekod tersebut Jun tahun ini berkata,  dia menyertai pertandingan itu selepas berbual  dengan ibunya.

“Anak perempuan saya berumur 6 tahun dan tidak pernah memotong rambutnya.

“Kami berbual  tentang rambut panjang pada suatu malam ketika bersiap untuk tidur dan mendapat idea untuk menghantar penyertaan kepada Kid’s World Record,” kata ibu Jasmine, Tina Bains.

“Pemegang rekod terdahulu adalah seorang gadis di Kanada dan saya tahu serta-merta bahawa rambut Jasmine adalah lebih panjang.

“Saya segera mengukur rambut Jasmine dan menyiarkan video rambutnya,” jelas Tina.

Bagi mengatasi rekod rambut panjang, rambut pesaing mesti kering apabila diukur. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI