fbpx
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe

PM zahir ucapan takziah kepada rakyat Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada kerajaan dan seluruh rakyat Jepun berikutan kematian mantan Perdana Menteri negara itu, Shinzo Abe.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran Facebook tadi selain menyifatkan berasa amat sedih apabila mendengar insiden yang menimpa Abe hari ini.

“Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka tentang insiden mengenai mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun di atas pemergian beliau,” katanya.

Ucapan takziah yang dimuat naik di laman Facebook Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata, Abe telah memainkan peranan penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun selain merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.

“Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini,” doanya.

Sebentar tadi, Abe disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak semasa berkempen di wilayah Nara, lapor badan penyiaran awam, NHK dan agensi berita Jiji Press.

“Menurut seorang pegawai kanan parti Abe, Parti Liberal  Demokratik, Abe menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di bandar Kashihara di mana beliau sedang menerima rawatan. Abe meninggal dunia pada usia 67 tahun,” kata NHK. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI