fbpx

Indonesia akan hentikan eksport komoditi bahan mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia dirakam pada pertemuan TIIIWG G20 di Hotel Alila, Solo. - ANTARA/HO-Pemerintah Kota Surakarta

JAKARTA –  Pemerintah Indonesia akan mengehadkan dan menghentikan eksport beberapa bahan mentah bagi memastikan kelestarian industri hiliran dalam negara, lapor laman berita Antara News kelmarin

Menteri Pelaburan, Bahlil Lahadalia berkata pada mesyuarat Kumpulan Kerja Perdagangan, Pelaburan dan Industri (TIIWG) G20 di Solo bahawa matlamat dasar itu adalah untuk tenaga hijau, melindungi alam sekitar dan kebajikan awam.

“Indonesia dalam pelaburan masa depan melibatkan pengurusan sumber asli, kami melakukan hilirisasi (proses tingkat nilai tambah bahan mentah) demi mewujudkan nilai tambahnya,” katanya.

Katanya, langkah itu selaras dengan wawasan transformasi ekonomi Presiden Joko Widodo (Jokowi). Eksport bahan mentah yang akan dihadkan dalam masa terdekat ialah nikel.

“Mengenai nikel, tahun ini kita mesti hentikan eksport bauksit mentah,” katanya.

Tarikh larangan eksport itu bagaimanapun belum disahkan kerana masih di peringkat kajian. Beliau berkata, mengikut arahan Jokowi, dasar itu akan dilaksanakan mulai tahun ini.

Pada tahun depan, langkah serupa akan dilaksanakan untuk komoditi bijih timah.

Pengeluar bijih timah terbesar dunia ialah China, manakala Indonesia menduduki tempat ke­dua. Namun Indonesia menjadi pengeksport terbesar komoditi itu.

Jakarta juga akan melarang eksport tenaga elektrik yang dijana daripada tenaga boleh diperbaharui (EBT). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI