fbpx

Wanita tikam rakan sendiri angkara cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuft (kanan) mencederakan wajah Beaumont (kiri) kerana menuduh wanita itu menggoda Jackson (tengah). – WNS

LONDON – Angkara cemburu, seorang wanita di Britain bertindak mencederakan wajah rakannya dengan menggunakan sebilah pisau kerana mengesyaki mangsa menggoda teman lelakinya, lapor akhbar The Sun semalam.

Karlie Tuft mencederakan wajah Bianca Beaumont selepas mabuk dalam satu acara parti di Newport, Wales.

Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya, John Jackson turut mengugut Bianca dengan menyatakan bahawa dia akan membunuh anaknya sekiranya mangsa  melaporkan perkara itu kepada polis.

Bianca berkata, dia bimbang parut akibat luka tersebut akan kekal sepanjang hayatnya selepas cedera  pada bahagian pipi, bibir dan lubang hidung.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, Bianca melawat Karlie di rumahnya di mana dia diperkenalkan kepada Jackson.

Keganasan tercetus apabila Karlie  tiba-tiba menuduh Bianca bersikap tidak sopan terhadap kekasihnya, sebelum mencederakan wajah mangsa menggunakan pisau.

Hakim David Wynn Morgan berkata, mangsa yang ketika itu terdesak untuk meninggalkan pangsapuri milik defendan,  diugut supaya  tidak mendedahkan perkara tersebut.

“Mereka mendesak Bianca agar tidak mendedahkan perbuatan defendan dan menyuruh dia mengaku bahawa diserang di jalanan,” katanya.

Jackson dikatakan menghunus sebilah pisau pada Bianca sambil berkata: “Jika kamu beritahu polis bahawa ini adalah perbuatan Karlie atau sekiranya dia dimasukkan ke penjara, saya bersumpah akan mengerat anak-anak kamu.”

Karlie  disabitkan dengan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan  dan dihukum  penjara selama enam tahun enam bulan.

Jackson pula didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh dan dipenjarakan selama empat tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI