fbpx

Vanidah Imran kembali bergelar isteri, syukur suami ada persamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANIDAH dan Arifabillah Idris selamat menyatu sebagai suami isteri tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Setelah empat tahun hidup solo, aktres popular Vanidah Imran kini kembali bergelar isteri apabila berkahwin dengan seorang jurutera, Arifabillah Idris.

Majlis pernikahan Vaninah dan Arifabillah, 43, pasangan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa di ibu kota sekitar pukul 12.12 tengah hari tadi.

Tanpa sebarang hebahan atau pengakuan tentang jodoh, pelakon berusia 49 tahun itu menyifatkan perjalanan menemukan seorang lelaki baharu sebagai peneman hidupnya bukan sesuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik tersebut dipermudahkan Allah.

VANIDAH dan Arifabillah sama-sama pernah melalui episod perceraian dan mempunyai anak.

“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya.

Paling melegakan, Vanidah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.

Jelasnya lagi, dia dan suaminya pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama dan masing-masing sudah dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.

“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda dan bapa tunggal kepada empat cahaya mata.

“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” katanya.

VANIDAH mengakui tidak ramai dan ahli keluarga yang mengetahui tentang hubungan istimewanya bersama Arifabillah.

Semasa majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah, sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Terdahulu, Vanida pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata. Jodoh tidak panjang, mereka bercerai pada Ogos 2018. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI