fbpx

Tiga ditahan kes samun, bunuh wanita di Felda Mengkuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BERA – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kes melakukan samun dan membunuh seorang wanita di Felda Mengkuang dekat Triang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan hari ini.

“Mereka direman selama tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda City milik suami mangsa yang dilarikan pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin mangsa, Siti Zuliana Said, 52, maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu turut menyebabkan suami mangsa yang berusia 60 tahun cedera di kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI