fbpx

Shila Amzah bidas netizen ‘pendengki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH

SEJAK kemunculan semula Shila Amzah dalam industri seni tanah air, macam-macam cerita timbul tentangnya.

Paling banyak dikaitkan sudah tentu kisah cinta dengan bekas kekasih, perceraian atau perihal peribadinya.

Malah, ada juga yang menuduh pelantun lagu Patah Seribu itu terlalu beria hendak mencari calon suami baharu.

Tidak berdiam diri, Shila menjelaskan dia tidak pernah pun memberitahu ingin mencari calon suami dalam tempoh terdekat.

“Apa ini? Saya tak pernah cakap benda ini, anda semua berhalusinasi lebih-lebih.

“Salahkah kalau saya nak gembira walaupun hidup solo sekali pun? Hidup jangan jadi pendengki nanti binasa diri,” balasnya dalam ruangan soal jawab Instagram.

Tak baik menuduh orang tanpa usul periksa. Biarlah dia hidup bahagia begitu sebab setiap orang ada cara sendiri.

MIZZ LAHAR: Nampaknya negara-negara di Asia Tenggara kini dilanda musim kemarau. Mungkin ramai yang akan mula memasang pendingin hawa di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI