fbpx

‘Khutbah’ perjuangan, nilai komersial Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA semalam, Mat Kilau mencatat kutipan panggung sebanyak RM53 juta dalam masa 13 hari tayangan.

BUKAN satu tugas mudah menterjemahkan kisah sejarah ke layak perak namun filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ternyata membuktikan, tiada yang mustahil.

Mencipta magis dan fenomena, setakat artikel ini ditulis, karya arahan sutradara Syamsul Yusof tersebut sudah mencatat kutipan panggung RM47 juta selepas 11 hari tayangan.

Apa yang hebat tentang Mat Kilau sehingga berjaya menyita perhatian rakyat Malaysia sekali gus dinobatkan sebagai filem tempatan paling laris dari segi kutipan panggung? Sebenarnya, banyak kualiti dicerna filem berkenaan yang sepatutnya dijadikan teladan para pembikin filem di luar sana.

Komersial

Pertama sekali, mengkomersialkan filem berkaitan sejarah. Elemen yang menjadikan Mat Kilau berbeza dengan filem-filem sejarah yang pernah dihasilkan sebelum ini sekali gus membuahkan hasil lumayan.

Dari segi lakon layar dan penceritaan, Mat Kilau sangat straight forward dan mudah diterima segenap lapisan audiens.

ANTARA watak pembesar-pembesar Melayu lakonan Nam Ron dan A. Galak yang turut menghidupkan jalan cerita Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Penonton mudah faham dengan pengaruh cerita yang dikomersialkan secara sempurna tanpa terlalu mengikut sifir atau formula filem sejarah yang lazimnya bersifat rumit dan kadang-kadang mendugalkan.

Berlatarkan tahun 1892 ketika penguasaan penjajah British di tanah-tanah negeri Pahang, barangkali ada yang mempersoalkan mengapa dialog dituturkan terlalu ‘moden’ dan jahitan busana pelakon cukup kemas.

Ironinya, tidak terlalu terkongkong dengan sifir sejarah dan mengkomersialkan dengan acuan sendiri berjaya mencetus kejayaan luar biasa Mat Kilau.

Adi Putra, Beto serasi

Dari segi terjemahan karakter, kesemua pelakon yang terlibat menjalankan peranan dengan cemerlang. Hatta, kemunculan Ellie Suriaty pada awal minit naskhah, walaupun sebentar, benar-benar membekas dalam jiwa penonton.

Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau cukup cemerlang. Lontaran dialog, permainan emosi, babak aksi silat yang dimainkannya sangat membekas sekali gus menonjolkan jiwa Melayu dalam diri aktor kelahiran Singapura itu begitu teguh dan konkrit.

LAKONAN Beto Kusyairy sebagai Wahid antara ‘highlight’ terpenting dalam Mat Kilau.

Beto Kusyairy sebagai Wahid merupakan antara highlight terpenting kerana banyak babak membuatkan mata ‘berkaca’ dan menebarkan jiwa kepahlawanan dalam diri.

Sungguhpun begitu, ada perihal lain terutama dari segi teknikal seperti kesan bunyi dan pergerakan kamera yang sedikit ‘melampau’. Menghunus keris berbunyi seperti pedang samurai.

Paling penting, mesej sampai kepada penonton dengan baik biarpun jalan cerita agak bercelaru, namun secara keseluruhan, Mat Kilau sebuah filem yang seronok untuk ditonton. Koreografi silat, senjata dan babak aksi yang ditunjukkan semuanya menjadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI