fbpx
Julaiman (tiga dari kanan) ketika sidang media di pejabat JKDM Tawau hari ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL

Kastam Sabah rampas 617kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAWAU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas sebanyak 617 kilogram (kg) dadah bernilai RM2.5 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Julaiman Soimin berkata, jumlah itu membabitkan tiga jenis dadah iaitu syabu, ketamin dan ketum.

“Kejayaan rampasan ini adalah hasil usaha berterusan JKDM Sabah dalam menangani aktiviti penyeludupan dadah. Sejak awal tahun ini, kita merampas 55.3kg syabu dan 10kg ketamin.

“Selain itu, kita merampas serbuk ketum seberat 552.4kg,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Tawau di sini hari ini.

Menurut Julaiman, usaha menangani kegiatan penyeludupan dilaksanakan secara berterusan melalui Operasi Khas Narkotik ‘Joint Task Force’ Sempadan Laut Malaysia-Indonesia yang bermula 8 Jun hingga hari ini.

“Operasi menumpukan semua sempadan laut kedua-dua negara membabitkan pintu-pintu masuk laut dan udara.

“JKDM Sabah berjaya merekodkan enam kes dan merampas syabu seberat 10.69kg dianggarkan bernilai RM366,878.

“Operasi turut merampas ketamin seberat 7kg dan 315kg daun ketum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN