fbpx

Kanak-kanak Arab Saudi penulis termuda terbit siri buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ritaj Hussain Alhazmi menulis buku-bukunyanya dalam bahasa Inggeris. – Guinness World Records

RIYADH – Seorang kanak-kanak dari Arab Saudi menerima pengiktirafan Guinness World Records pada usia 12 tahun apabila disahkan sebagai penulis termuda di dunia yang menerbitkan siri buku (wanita), lapor agensi berita United Press International kelmarin. 

Ritaj Hussain Alhazmi yang telah berusia 13 tahun, berumur 12 tahun 295 hari ketika badan rekod dunia itu mengesahkan pengiktirafan tersebut.

Ritaj menerbitkan novel pertamanya, Treasure of the Lost Sea pada 2019 manakala sekuel bertajuk Portal of the Hidden World juga diterbitkan pada tahun yang sama.

Buku ketiga dalam siri itu, Beyond the Future World diterbitkan pada 2020 dan buku keempat, The Passage to the Unknown pula sedang dihasilkan.

Ritaj, yang menulis novel-novel tersebut dalam bahasa Inggeris berkata, dia mula menulis cerpen sejak masih kecil.

“Saya mula menulis sejak berusia enam tahun ketika ditemani keluarga untuk belajar di luar negara,” katanya.

Penulis muda itu berkata, dia berhasrat untuk menghasilkan segmen khusus kepada pembaca golongan muda menerusi penulisan tersebut.

“Saya menulis untuk komuniti kanak-kanak dalam lingkungan saya. Saya menyedari tidak banyak novel dihasilkan untuk kumpulan umur ini, jadi saya memutuskan untuk menerbitkan beberapa buah buku saya sendiri,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI