fbpx

Kanada bazirkan 13.6 juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak disimpan di dalam bekas simpanan dengan teliti sebelum diedarkan di Quebec pada 24 November 2021. – AFP

OTTAWA, KANADA – Kerajaan Kanada akan membuang kira-kira 13.6 juta dos vaksin Covid-19 jenama AstraZeneca selepas  tiada pihak mahukan pelalian tersebut, sama ada di dalam atau luar negara, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ottawa  menandatangani kontrak dengan pengeluar pada 2020 untuk mendapatkan 20 juta dos vaksin AstraZeneca.

Sekurang-kurangnya 2.3 juta rakyat Kanada  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin AstraZeneca, kebanyakannya antara Mac hingga Jun 2021.

Namun, kebimbangan tentang kemungkinan  gejala darah beku dan dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca mendorong kerajaan Kanada mengalihkan tumpuan kepada vaksin jenis mRNA daripada jenama Pfizer-BioNTech serta Moderna.

Pada Julai 2021, Kanada menyatakan janji  untuk menyumbangkan baki bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca yang telah diperoleh iaitu kira-kira 17.7 juta dos  kepada negara-negara lain.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan semalam,  Kementerian Kesihatan Kanada berkata, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memenuhi janji itu, sebanyak 13.6 juta dos telah tamat tempoh dan perlu dibuang.

“Disebabkan permintaan terhadap  vaksin AstraZeneca terhad dan cabaran yang perlu ditempuh oleh  negara-negara melibatkan aspek pengagihan, vaksin sedia ada tidak dapat diedarkan,” kata kenyataan tersebut.

Sebanyak 8.9 juta dos vaksin AstraZeneca telah disumbangkan oleh kerajaan Kanada, dengan 4.8 juta adalah daripada bekalan utamanya, manakala 4.1 juta lagi dibeli menerusi program perkongsian vaksin, COVAX.

Setakat ini, sekitar 85 peratus rakyat negara itu telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19 berbanding 61 peratus populasi dunia serta 16 peratus penduduk di negara-negara miskin. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI