fbpx

Ismail Sabri disambut Erdogan di Kompleks Presiden Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua dari kiri) disambut mesra dan penuh istiadat oleh Presiden Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdoğan dan kabinet beliau di Kompleks Istana Presiden, Ankara.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden Turkiye di Ankara, Turkiye.

Ketibaan Perdana Menteri yang disambut Presiden Recep Tayyip Erdogan itu turut disiarkan secara langsung di laman sosial Twitter rasmi milik pemerintah nombor satu Turkiye.

Perdana Menteri berada di republik tersebut untuk mengadakan lawatan rasmi selama empat hari sehingga esok itu atas undangan Erdogan sendiri.

Sejurus Ismail Sabri tiba di kompleks tersebut, lagu kebangsaan Negaraku dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan, sebelum beliau diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI