fbpx

Ferrari 296 GTS dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model Ferrari 296 GTS yang baharu dilancarkan di sini semalam.

SEPANG – Pengedar dan pengimport rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia, Naza Italia melancarkan model 296 GTS (Gran Turismo Spider) di Litar Antarabangsa Sepang, di sini malam tadi.

Menurut Pengurus Besar Ferrari Malaysia, Damien Woo, Ferrari 296 GTS ditawarkan pada harga bermula RM1,448,000.

Katanya, model itu masih lagi mengekalkan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang terdiri daripada enjin V6 turbo berkembar 2.9 liter dan sistem transmisi automatik lapan kelajuan.

Pandangan sisi hadapan Ferrari 296 GTS.

“Kombinasi itu membuatkan jentera itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 819 hp dan tork setinggi 740 Nm.

“Kelajuan maksimum jentera ini ialah 330 kilometer sejam (kmj) manakala kadar pecutan dari pegun hingga 100 kmj hanya dalam masa 2.9 saat,” katanya.

Tambahnya, model itu hadir dengan jaminan tujuh tahun atau jarak perbatuan 120,000 kilometer atau mana-mana yang tiba dahulu.

Proses membuka dan menutup bumbung mengambil masa 14 saat.

Pada asasnya, Ferrari 296 GTS hampir serupa dengan 296 GTB, faktor yang membezakan kedua-duanya ialah model GTS tiada struktur bumbung kekal kerana ditukarkan kepada bumbung retractable hardtop (RHT).

Proses untuk membuka dan menutup bumbung hanya mengambil masa 14 saat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI