fbpx

Banjir Baling: 627 laporan kerosakan rumah, harta benda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (depan) ketika melawat kawasan bencana kepala air di Kampung Iboi, Baling hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

BALING – Polis setakat ini menerima sebanyak 627 laporan kerosakan rumah dan harta benda daripada mangsa kepala air dan banjir kilat dari 12 kampung di mukim Kupang di sini sejak hari pertama kejadian pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, laporan tersebut diterima menerusi empat kaunter yang dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai bagi memudahkan mangsa.

“Laporan kerosakan tersebut termasuk melibatkan 15 buah rumah yang lenyap terus akibat dihanyutkan banjir dan 18 kediaman lagi yang rosak teruk akibat bencana itu,” katanya selepas mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke kawasan bencana di Kupang di sini hari ini.

Wan Hassan pada masa sama mengingatkan mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyampaikan bantuan supaya berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu untuk tujuan penyelarasan.

“Sekarang adalah pasca kejadian untuk proses pembersihan dan bantuan yang banyak diterima daripada pihak-pihak berwajib serta swasta dan kita mengalu-alukan bantuan-bantuan daripada semua tetapi perlu melalui PKOB.

“Ini bagi memastikan pengagihan bantuan-bantuan ini dapat diserahkan secara teratur, namun setakat ini tiada kes yang tidak berdaftar dengan PKOB, semua mematuhi arahan yang dikeluarkan,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan sekiranya mana-mana pihak ingkar dengan arahan itu dengan bergerak sendiri mengagihkan bantuan mereka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI