fbpx

Bakar motosikal angkara cemburu bekas isteri ada kekasih lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 34 buah motosikal yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran semalam.

KUALA LUMPUR – Cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal disyaki punca  suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini semalam. 

Tindakan membakar salah sebuah motosikal itu menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di lokasi hangus terbakar. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, lebih kurang pukul 2.30 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) daerah telah membuat risikan dan tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan. 

“Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun diberkas di kawasan perumahan PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini. 

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi. 

Menurutnya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian adalah bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri suspek dengan salah seorang pemilik motosikal. 

Jelas beliau, reman ke atas suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sebanyak 34 buah motosikal musnah dalam kebakaran disyaki angkara perbuatan khianat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini awal pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI