fbpx

Suspek tikam ibu kandung positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes bunuh di Kampung Paya Luboh, Melaka disahkan positif syabu. - FOTO: RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Suspek bunuh ibu kandung dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, di sini semalam disahkan positif syabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif methamphetamine.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi mendapati suspek positif methamphetamine.

“Pemeriksaan di tempat tinggal suspek di Kampung Paya Luboh bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dadah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu proses bedah siasat mangsa berusia 63 tahun sedang dijalankan di Hospital Melaka dan dijangka selesai petang ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang penganggur bertindak menikam ibunya sehingga mati selepas mendakwa terdengar suara halus memberitahu mangsa telah menyembah berhala.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang juga pesara guru meninggal dunia di lokasi dengan dua kesan tikaman di leher.

Suspek yang berada di lokasi telah diberkas pihak polis. Hasil soal siasat lelaki itu mengaku telah menikam mangsa menggunakan pisau pemotong sayur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI