fbpx

Suspek tikam ibu di Melaka direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi suspek kes bunuh ibu direman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh hari ini. - RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Suspek yang dipercayai menikam ibu kandungnya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 12 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap bewarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi anggota polis.

Semalam Kosmo! melaporkan suspek diberkas pihak polis di kediamannya di Kampung Paya Luboh selepas dipercayai telah menikam ibunya, Roziah Md. Dom, 63, sehingga mati menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang merupakan pesara guru ditemui dengan kesan dua kesan tikaman di kanan dan kiri leher.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa dia terdengar bisikan halus memberitahu warga emas itu menyembah berhala sebelum menyerang mangsa di dalam bilik tidur.

Katanya, hasil semakan lanjut suspek didapati mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan dadah dan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka pada dua tahun lalu.

Suspek yang merupakan seorang duda ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI