fbpx

Agong, permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga Subramaniam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang dikongsi di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Timbalan Presiden Kongres India Malaysia (MIC) Tan Sri S. Subramaniam yang telah meninggal dunia semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar, tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada masyarakat, negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MIC dan negara,”katanya di laman Facebook hari ini.

Subramaniam semasa hayatnya pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Damansara dari tahun 1974 hingga 1982 dan Ahli Parlimen Segamat selama empat penggal dengan penggal terakhirnya adalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Mendiang juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam arena politik, Mendiang mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Timbalan Presiden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN