fbpx

34 motosikal musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbakar di PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 34 buah motosikal musnah dalam kebakaran disyaki angkara perbuatan khianat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.21 pagi.

“Susulan itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai dikejarkan ke lokasi dan api berjaya dipadamkan.

“Pemeriksaan mendapati 34 motosikal terbakar kerana kedudukannya yang terlalu rapat antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat. Usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI