fbpx

Isteri simbah air panas kerana suami mimpi wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri mangsa yang berang bertindak mengambil air panas lantas menyimbah ke arah alat sulit suaminya. – Cosmos

LA PAZ, BOLIVIA – Polis Bolivia menahan seorang wanita kerana menyimbah air panas pada alat sulit suaminya disebabkan lelaki itu bermimpikan wanita lain semasa  tidur, lapor laman Oddity Central semalam.

Dalam kejadian ‘ngeri’ itu pada minggu lepas, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang tidur apabila secara tiba-tiba menyatakan rasa cinta terhadap seorang wanita lain dalam keadaan mengigau.

Berang dengan situasi itu, isteri mangsa pergi ke dapur lalu mengambil air panas, lantas menyimbahkan pada alat sulit suaminya.

Menurut sumber polis, mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, lengan dan bahagian belakang badannya.

Laporan sama bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa sendiri yang melaporkan kejadian itu kepada polis atau jeritannya telah mengejutkan jiran-jiran.

Menurut laman berita TN International, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan kes itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI