fbpx

Isteri ketua kampung maut dicekik dalam kejadian samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian mangsa maut dipercayai dicekik dalam kejadian samun di Felda Mengkuang, Bera hari ini.

BERA – Isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang di sini maut dipercayai dicekik dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Siti Zuliana Said, 52, ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul.

Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol Negeri Sembilan dengan menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, N. Kumaran berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan usaha mengesan suspek giat dilakukan pada masa ini.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada balai polis berhampiran,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI