SELEPAS kerajaan menarik semula sekatan rentas negeri, selain memberi lebih banyak kebebasan kepada orang ramai ekoran kebolehjangkitan terhadap Covid-19 semakin menurun, hampir kesemua sektor ekonomi kembali rancak. Antara yang kembali pulih adalah sektor pelancongan apabila orang ramai mula kembali merancang percutian ke seluruh negara selepas kira-kira dua tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran penularan Covid-19. Bagi Haryani Kaulan, 40, dia mempunyai cara tersendiri untuk bercuti bersama keluarga dengan memilih motorhome sebagai konsep percutian mereka. “Saya rasa bercuti menggunakan motorhome sangat……















