fbpx

Ahli keluarga kelar wanita, bayi ditahan dalam keadaan bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

JOHOR BAHRU – Suspek lelaki yang dipercayai membunuh ahli keluarganya yang merupakan seorang wanita dan bayi lelakinya telah ditahan polis dalam keadaan berbogel di sekitar Permas Jaya, di sini kira-kira pukul 2.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong beserta sebuah motosikal yang dinaiki suspek.

Menurut beliau, tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari, di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan itu orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Terdahulu, beberapa rakaman video telah tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Rakaman tersebut dipercayai dibuat selepas suspek melakukan perbuatan jenayah tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI