fbpx

KPLB peruntuk RM2.1 juta laksana tuisyen percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Rizal (tengah) bergambar bersama penaja dan jemputan pada Majlis Pelancaran Tuisyen Pintar YPM @KPLB 2022 peringkat kebangsaan di MRSM Kubang Pasu, hari ini.

JITRA – Sebanyak RM2.1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tuisyen percuma kepada pelajar kurang berkemampuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 6,000 pelajar dijangka menerima manfaat daripada program dikendalikan agensinya, Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Katanya, program tersebut turut dikendalikan dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Jabatan Pendidikan negeri.

“Pada 2021, walaupun negara giat bertarung dengan pandemik Covid-19 tetapi YPM berjaya melaksanakan Tuisyen Pintar YPM @KPLB di 54 pusat secara dalam talian melibatkan 5,400 calon SPM dengan peruntukan RM1.89 juta.

“Bagi tahun ini, YPM menyasarkan sebanyak 60 pusat tuisyen melibatkan 6,000 pelajar SPM di seluruh negara dengan peruntukan RM2.1 juta,” katanya pada Majlis Pelancaran Tuisyen Pintar YPM @KPLB 2022 peringkat kebangsaan di MRSM Kubang Pasu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau itu dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembangunan), Mas Rizal Mohd. Hilmi.

Menurutnya, usaha murni tersebut juga mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat korporat yang mengiktiraf Tuisyen Pintar YPM @KPLB. 

Berucap lanjut kata Mahdzir, program tuisyen itu memberikan kemudahan kelas bimbingan tambahan yang diberikan secara percuma di luar waktu pembelajaran rasmi oleh guru-guru pakar.

“Calon SPM pula adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) khususnya di luar bandar.

“Objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan yang tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI