fbpx

Ekosistem ekonomi digital negara bergerak selangkah melalui Malaysia Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Malaysia Digital diiringi oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Annuar Musa ketika hadir pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital dan Sambutan Jubli Perak MDEC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Rangka kerja inisiatif baharu yang dikenali sebagai Malaysia Digital atau MD telah dibangunkan dengan berpandukan kepada tiga prinsip utama bertujuan merancakkan lagi ekonomi digital negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga prinsip utama tersebut adalah Fleksibiliti, Ketangkasan dan Relevansi.

Menurutnya, MD menerusi projek mangkin MD atau PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.

“Strategik pertama adalah membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat.

“Strategi kedua pula bagi menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ berjaya di peringkat antarabangsa, manakala ketiga pula bagi menarik pelaburan bernilai tinggi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital-KKOM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya yakin menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia.

Pada masa sama, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera memberitahu, bagi memastikan pelaksanaan MD dapat dilakukan secara lebih berkesan, Kabinet telah bersetuju agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital atau MD-CC untuk menyelaras tadbir urus dan operasinya, seperti penganugerahan Status Malaysia Digital (MD).

“Menyedari bahawa peranan industri adalah sama penting untuk memastikan pelaksanaan yang berimpak tinggi, kerajaan juga telah menekankan kepentingan penglibatan para pemain industri, pihak pemegang taruh dan juga
masyarakat dalam pelaksanaan pelbagai dasar negara, iaitu melalui pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach.

“Oleh itu, saya telah sarankan agar pihak MDEC mewujudkan sebuah platform khusus untuk memberi peluang kepada pemain industri agar dapat mengambil bahagian secara berterusan dan memberikan maklum balas yang wajar sepanjang pelaksanaan MD.

“Saya yakin, dengan kerjasama dan muafakat pelbagai pihak, inisiatif MD ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kerajaan juga akan memberi tumpuan sepenuhnya agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI