fbpx

Raih RM600 seminggu punca jadi keldai akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi menyerahkan sijil penghargaan kepada penerima pada program itu.

KUALA SELANGOR – Imbuhan sewaan sehingga RM600 seminggu menjadi tarikan ramai individu terpedaya menjadi keldai akaun.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed apabila sindiket penipuan rata-ratanya menggunakan taktik mencari keldai akaun di media sosial.

Katanya, sebahagian besar individu itu tidak mengenali penjenayah yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

“Keldai akaun kemudian memberi nombor akaun bank untuk disewa malah ada yang memberikan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) kepada Along.

“Mereka antaranya mungkin terpengaruh dengan imbuhan ditawarkan antara RM100 hingga RM600 untuk setiap kali sewaan akaun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Taman Penggawa di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 1,364 keldai akaun diberkas selepas terbabit dalam sindiket penipuan di Selangor sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Ujarnya, berdasarkan statistik menunjukkan kesemua suspek terdiri daripada 928 lelaki dan 436 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

“Majoriti keldai akaun itu didapati menyedari tindakan mereka adalah menyalahi undang-undang. Kesemua individu itu ditahan mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan bersubahat.

“Sebanyak 60 peratus daripada suspek yang ditahan itu telah didakwa di mahkamah atas kesalahan terutama membenarkan akaun bank digunakan bagi aktiviti jenayah,” jelasnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI