fbpx
Noh (tiga kiri) menunjukkan laporan portal berhubung kenyataan Anwar yang melabel kerajaan sebagai bangang dalam isu menangani peningkatan kos hidup.

Anwar cuma mahu cari populariti – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabelkan kerajaan sebagai ‘bangang’ dalam isu peningkatan kos hidup rakyat disifatkan hanya mencari populariti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan telah mewujudkan pelbagai mekanisme untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat termasuk memberi subsidi berbilion ringgit.

Katanya, kenyataan Anwar itu seakan tidak faham dengan proses pentadbiran kerajaan walaupun beliau pernah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Paling terbaharu, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk mengatasi masalah inflasi yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

“Anwar seharusnya memahami apa yang dikatakannya kerana rakyat melihat beliau seakan ingin mencari populariti atas isu yang sedang ditangani dengan pemberian subsidi berbilion ringgit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas), hari ini.

Mengulas lanjut, Noh berkata, kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) dan Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan peningkatan kos makanan seperti ayam dan telur. -KOSMO! ONLINE

POPULAR