fbpx

2,527 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 2,527 kes dilaporkan semalam berbanding 2,733 kes kelmarin dengan empat kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,533,586 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,359 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,505,199 kes.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 798 kes diikuti Kuala Lumpur (726), Perak (201) dan Sabah (154) Negeri Sembilan (137) dan Pulau Pinang (127)

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Johor (79), Putrajaya (65), Melaka (58), Kedah (56), Pahang (43), Sarawak (40), Terengganu (18), Kelantan (14), Perlis (sembilan) dan Labuan (dua),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal 35,771 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,701 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,617 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 22 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI