fbpx

Prof. Dr. Sharifudin dilantik Naib Canselor USIM yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani

SEREMBAN – Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, 51, dilantik
sebagai Naib Canselor universiti bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu sehingga 30 Jun 2025.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan memaklumkan, beliau menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang telah tamat lantikan pada 9 Mei lalu.

“Sharifudin merupakan lulusan Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Makanan dari University of Cambridge, berpengalaman luas dalam pentadbiran dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di USIM dan pernah menjadi Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi USIM.

“Beliau aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi, turut aktif dalam aktiviti konsultansi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek-projek industri halal di peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini, beliau telah dilantik bagi memegang pelbagai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan akademik antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub (November 2021 hingga Oktober 2024) da Tenaga Pengajar Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan kepakaran dan pengalaman dimiliki Sharifudin diharapkan dapat memacu USIM terus terkehadapan sebagai sebuah entiti dan universiti awam yang menerajui pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli sebagai tunjang kebitaraannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI