fbpx

Penunggang motosikal tular khayal, hidu gam diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah video yang tular di Facenook memaparkan seorang lelaki menunggang dalam keadaan khayal disyaki menghidu gam. FOTO: IHSAN FACEBOOK

SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, rakaman video berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook dan dikongsikan halaman “Mynewshub” lebih kurang pukul 6.30 petang semalam memaparkan satu kejadian sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan khayal.

“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, video itu memaparkan motosikal itu ditunggang oleh seorang lelaki seorang diri sedang bergerak di lorong tengah lebuh raya.

“Dalam rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik di tangan kirinya, disyaki sedang melakukan perbuatan menghidu gam,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini suspek terlibat sedang giat dikesan dan dikenalpasti serta siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI