fbpx

‘Mat Despatch’ ditahan tumbuk muka bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki bekerja sebagai penghantar surat tergamak menumbuk muka bapanya sendiri berulang kali selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di Kampung Indah Permai di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas bapa mangsa mengesyaki anaknya itu berada di bawah pengaruh dadah namun dinafikan lelaki berusia 33 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di rumah mereka.

“Bapa suspek merupakan seorang peniaga berusia 63 tahun ditumbuk pada bahagian kepala berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi sebelah kiri dan kelopak mata.

“Suspek juga mengugut akan terus mencederakan bapa kandungnya itu sekiranya dia bertindak menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, sepasukan polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ampang Jaya telah ke lokasi kejadian dan melakukan tangkapan ke atas suspek.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI