fbpx

Gempa bumi kuat landa selatan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi dilaporkan berlaku di selatan Iran pagi tadi

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Ritcher dilaporkan berlaku di selatan Iran pada pukul 7.25 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terbabit terletak 26.7 darjah Utara dan 55.3 darjah Timur.

“Kejadian gempa bumi kuat itu terletak pada jarak 87 kilometer (km) Selatan dari Tehran, Iran.

“Ia dilaporkan berlaku dengan kedalaman 330 km,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, pada awal pagi hari ini sekitar pukul 5.32 pagi, berlaku gegaran kuat kali pertama di lokasi sama.

Tambah MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia ekoran kejadian bencana alam itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI