fbpx

Tiga tahun tak pecah rekod kebangsaan – Jackie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKIE akan turun membuat penampilan ketiga di pentas Sukan Komanwel selepas beraksi pada edisi Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018.

KUALA LUMPUR – Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer pernah diberi gelaran sebagai ‘raja pemecah rekod’ atas kejayaannya memperbaharui 17 catatan kebangsaan sejak kali pertama pada 2013.

Kali terakhir bintang olahraga berusia 30 tahun itu memadam rekod kebangsaan miliknya adalah dengan catatan 68.22 meter (m) sewaktu Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Ogos 2019.

Sejak itu, Jackie gagal mengulanginya disebabkan beberapa insiden yang tidak dapat dielakkan seperti dua bulan dijangkiti Covid-19 serta tiada kejohanan dalam dan luar negara.

Justeru, atlet dari Sarikei, Sarawak itu meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaannya pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

JACKIE meraih pingat emas sewaktu Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi.

Jackie merasakan peluangnya cerah untuk layak ke pusingan akhir jika boleh membuat balingan melebihi jarak 68.22m apabila acaranya diadakan di Stadium Alexandar pada 4 Ogos nanti.

“Ini kali ketiga ke Sukan Komanwel. Saya akan berusaha untuk layak ke final dan kemudian cuba dapatkan kedudukan lapan terbaik.

“Kita bersaing dengan negara-negara besar sukan olahraga. Jadi ada sedikit kelemahan bagi kita orang Asia tetapi saya memang sasarkan untuk masuk ke pusingan akhir.

“Saya berharap dapat perbaharui catatan rekod kebangsaan selepas tiga tahun tak lakukannya,” katanya.

Selain Jackie, skuad olahraga turut mempertaruhkan enam lagi atlet iaitu Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Russel Alexander Nasir Taib (200m), Grace Wong Xiu Mei, (tukul besi) dan Shereen Samson Vallabouy (400m). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN