fbpx
ROSSA memberi bayangan rumah tangganya bersama Shuk seperti sudah berakhir dan meminta lelaki itu agar sama-sama 'move on' meneruskan kehidupan.

Take care Shuk, jaga diri baik-baik – Rossa Sera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas pelawak dan pengacara sensasi Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya menerusi perkongsian sebuah video memaparkan kehadirannya di sebuah mahkamah, isterinya, Rossa Sera pula tampil memuat naik sebuah video seakan-akan mengiyakan dakwaan mereka sudah berpisah.

Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah memuat naik sebuah video dalam TikTok miliknya dengan kapsyen menyentuh hati.

Wanita asal Sabah itu menulis pesanan buat Shuk agar menjaga diri dengan baik.

“Take care Shuk. Jaga diri baik-baik. Terima kasih. Saya akan selalu doakan dan sokong awak. Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita okey? Tolong kuat dan kita sama-sama move on,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Menerusi perkongsian video tersebut, Sera turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej perbualan WhatsApp bersama Shuk sebelum ini.

Antara perbualan tersebut termasuklah berkenaan pertanyaan Shuk sama ada Sera sudah mempunyai pengganti dan identiti seorang lelaki bernama Eddie.

Selain itu, terdapat mesej lain yang menunjukkan usaha pelawak itu cuba memujuk dan berbaik semula dengan isterinya itu.

“Demi Allah, Lillahitaala bahagia saya memang awak. Cuma saya bodoh, saya tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf, saya betul-betul minta maaf,” ujar Shuk.

Video dimuat naik Sera pantas menuai perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap wanita itu berhak mendapatkan yang lebih baik.

“Shuk, kau dah hilang permata dalam hidup,” komen seorang netizen.

Terdahulu pagi tadi, Shuk menerusi TikTok memuat naik sebuah video memaparkan keberadaannya dipercayai di sebuah mahkamah dengan memakai baju berwarna hitam lengkap bersongkok.

Dalam video tersebut, Shuk yang ditemani seorang peguam menulis kapsyen dengan tanda pagar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya seolah-olah memberi bayangan bahawa kedatangannya ke mahkamah ada kaitan dengan kemelut rumah tangga bersama Sera.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan tentang status mereka tidak berhasil apabila kedua-duanya tidak memberi sebarang respon.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang anak.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan itu sebelum ini tular berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. – KOSMO! ONLINE

POPULAR