fbpx

Ee Yi-Yew Sin benam juara Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI-YEW SIN menampilkan aksi cukup baik bagi melakar kemenangan straight set 21-17, 21-18 ke atas Yang-Chi Lin pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena semalam. – FARIZ RUSADIO

SOKONGAN padu penyokong sendiri berjaya membangkitkan semangat beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bagi menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Arena Axiata semalam, Ee Yi-Yew Sin menampilkan aksi cukup baik bagi melakar kemenangan straight set 21-17, 21-18 dalam tempoh 41 minit.

Walaupun pernah menewaskan beregu tersebut pada Kejohanan Badminton Dunia tahun lalu, namun Yew Sin menegaskan, ia bukanlah faktor kemenangan mereka, sebaliknya sorakan penonton yang menaikkan semangat juang.

“Apabila masuk ke gelanggang hari ini (semalam), memang peluang adalah 50-50 untuk kedua-dua pasukan dan kami pun tidak fikir banyak. Saya bersyukur ke­rana dapat mencatat kemena­ngan dan mara ke suku akhir.

“Saya juga tidak fikir kemenangan ke atas mereka pada Kejohanan Dunia membantu kami kerana ia sudah lama berlalu. Bagi saya, sorakan penyokong yang membuatkan kami bersemangat untuk menang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, kemenangan tersebut turut menjadi memori manis buat Ee Yi yang baru sahaja menyambut kelahiran anak sulungnya baru-baru ini.

Sementara itu, Chi Lin tanpa berselindung mengakui perlawanan tersebut akan menjadi satu aksi sukar memandangkan pernah tewas kepada Ee Yi-Chi Lin selain menganggap ramai beregu sudah membaca permainan mereka.

“Kami bermain dalam keadaan cukup tertekan kerana mereka bermain sangat baik, namun kami tidak terkejut meman­­da­ng­kan pernah tewas kepada mereka. Saya fikir permainan kami sudah dapat dibaca oleh pemain-pemain lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, satu lagi beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke pusingan suku akhir selepas lawan di pusingan kedua dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy menarik diri akibat kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI