fbpx

Seludup minyak peket dalam cerek hantar Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya ( depan) menunjukkan minyak masak peket yang disembunyikan dalam cerek elektrik sebelum dihantar ke Nigeria.

KLANG – Kegiatan jahat tiga warga Nigeria menyeludup minyak masak peket subsidi dalam cerek air dan periuk nasi elektrik untuk dihantar ke negara mereka terbongkar selepas ditangkap di Bandar Baru Klang, Isnin lalu.

Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, menahan kesemua suspek lelaki berusia 30 hingga 40an di premis perniagaan jual beli alat ganti kenderaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mendapati premis itu mempunyai lesen dan beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga suspek telah menyewa daripada pemilik tempatan sejak lima tahun lalu bagi operasi jahat mereka.

“Modus operandi mereka dengan membeli minyak masak peket subsidi dari orang tempatan.

“Mereka kemudiannya menyembunyikan dua hingga tiga peket minyak dalam cerek dan periuk nasi elektrik sebelum dihantar menerusi kontena ke Nigeria,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata beliau, setiap peralatan elektrik itu adalah barangan lusuh dan terpakai yang dibeli mereka juga daripada orang tempatan.

Tambah Vijaya, hasil serbuan itu berjaya merampas 1,100 peket minyak masak dianggarkan bernilai RM2,750 selain 10 kampit beras cap Jati.

Turut dirampas adalah empat unit televisyen bersaiz 42 dan 43 inci jenama Samsung dan LG, cerek air (225 unit) dan 51 buah peralatan elektrik dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM18,910.

“Kita percaya harga tinggi di Nigeria membuatkan mereka bertindak menyeleweng minyak masak peket subsidi negara ini.

“Namun, siasatan lanjut masih dijalankan berapa jumlah minyak peket telah dihantar ke Nigeria,” ujarnya.

Jelas beliau, semakan rekod mendapati pasport ketiga-tiga suspek telah tamat tempoh sejak tiga tahun lalu.

“Usaha mengesan dan menangkap pemilik premis dan penjual minyak masak sedang dijalankan.

“Ketiga-tiga suspek Nigeria itu kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 55 B Akta Imigresen dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imegresen,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI