fbpx
PAKAIAN longgar beri keselesaan kepada mereka yang memilih untuk bercuti di kawasan pantai.

Santai, selesa bercuti di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMILIHAN pakaian ketika bercuti di kawasan pantai atau pulau adakalanya lebih sukar berbanding percutian lain kerana cuaca yang panas dan berangin memerlukan kita memilih jenis pakaian sesuai bagi memastikan percutian dijalani penuh selesa.

Selain pakaian, penggayaan aksesori yang betul juga perlu dititikberatkan bagi membuatkan penampilan lebih menyerlah saat bercuti.

Minggu ini, Horizon kongsikan beberapa tip yang sesuai untuk memastikan anda bukan sahaja selesa bahkan tampil terbaik ketika bercuti di pantai terutama sewaktu mengabadikan momen menarik itu ke dalam foto.

1. Rona terang

Apabila bercuti di pantai, ramai orang sering memilih menggayakan pakaian daripada rona putih memandangkan ia menjadikan seseorang itu tampil menyerlah saat bergambar.

Namun, bagi mencipta kelainan, anda juga boleh menggayakan pakaian daripada rona-rona terang dan berlawanan daripada rona biru laut seperti merah jambu terang, jingga atau hijau.

Elakkan daripada memakai pakaian daripada rona biru kerana ia berkemungkinan menjadikan anda ‘tenggelam’ dalam gambar-gambar percutian yang dirakam.

TOPI dan kaca mata hitam yang sesuai penting bagi menambah keceriaan dari segi penampilan anda.

2. Aksesori

Pemilihan aksesori saat bercuti di pantai adalah penting kerana aksesori memainkan peranan dalam melengkapkan ‘look’ percutian anda.

Pilih topi dan kaca mata hitam yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Elakkan daripada memilih aksesori bersaiz terlalu besar yang seterusnya akan menenggelamkan wajah dan penampilan anda ketika bercuti.

Bagi yang gemar menggayakan aksesori seperti rantai atau cincin pula, pilih jenis ringan dan nipis agar memberikan keselesaan.

3. Fabrik ringan

Memandangkan pantai atau pulau merupakan kawasan yang panas terik, pemilihan fabrik ringan adalah penting bagi memberikan keselesaan ketika beraktiviti.

Sebaiknya, pilih pakaian daripada fabrik seperti sifon, kapas atau linen yang nipis, lembut dan menyerap peluh. Fabrik begini juga bersifat beralun, sekali gus menjadikan gaya anda tampil lebih elegan ketika menghabiskan masa di kawasan pantai.

4. Pakaian longgar

Selain pemilihan fabrik yang ringan, adalah penting untuk anda memilih pakaian jenis longgar apabila bercuti di pantai.

Pakaian seperti kemeja longgar, dress labuh atau seluar palazzo adalah paling sesuai digayakan di lokasi pantai dan pulau kerana ia memberikan keselesaan maksimum selain menyerlahkan gaya percutian.

Elakkan memakai pakaian ketat seperti seluar jean atau kemeja yang ketat ketika bercuti di pantai yang mungkin menimbulkan rasa kurang selesa.


GUNAKAN krim bagi melindungi muka dan anggota badan daripada panas matahari.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN