fbpx

Lelaki ditahan kes pecah rumah, mengintai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan kes pecah rumah.

PETALING JAYA – Polis memberkas seorang lelaki kerana disyaki terlibat kes pecah rumah, curi dan mengintai di kawasan perumahan Seksyen 14, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa pelbagai barang peribadi miliknya telah hilang disyaki akibat dipecah masuk pada Khamis lalu.

“Polis menerima laporan daripada mangsa wanita tempatan yang menyedari tingkap biliknya telah terbuka pada pukul 8 pagi.

“Mangsa membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan mendapati pintu pagar rumah telah dirosakkan sebelum menyedari telefon bimbit, kunci almari, kunci pejabat, dokumen bank dan set alat kosmetik telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan sekitar Seksyen 4 pada pukul 2 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dan curi termasuk wang tunai, kotak perhiasan, kasut, pelbagai barangan elektronik serta perhiasan emas.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di dalam kawasan Petaling Jaya,” ujarnya.

Menurut Fakhrudin, semakan rekod lampau mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mempunyai tiga rekod jenayah dan satu kesalahan berkaitan dadah.

“Hasil soal siasat mendedahkan penglibatan suspek dalam jenayah lain dan penangkapannya telah menyelesaikan sebanyak dua kes pecah rumah, kes curi dalam bangunan (dua), curi motosikal (satu), dan mengintai (satu),” katanya.

Tambahnya, suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI