fbpx

Karnival Usahawan Desa Lipis sasar RM300,000 nilai jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN Mohamad (tengah) mencuba makanan berasaskan ubi kayu penduduk Orang Asli Pos Betau ketika melawat gerai Karnival Usahawan Desa di Lipis hari ini.

LIPIS –   Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyasarkan RM300,000 jualan produk makanan kampung dan industri desa diperolehi dalam tempoh empat hari mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Lipis di Dataran Orang Kaya Haji di sini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 130 gerai jualan produk tempatan khususnya daripada industri kecil dan sederhana dari Lipis dan luar dibuka bermula hari ini hingga 3 Julai depan.

“Penganjur mini KUD menyasarkan seramai 10,000 orang akan datang berbelanja makanan tempatan serta barang keluaran usahawan desa di samping menikmati pelbagai persembahan kebudayaan, nyanyian, nasyid, sukan rakyat dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman sebanyak 130 usahawan agensi KPLB dan usahawan tempatan kelolaan Majlis Daerah Lipis menyertai program itu dengan mempamer serta menjual makanan, minuman, pakaian, peralatan kosmetik dan sebagainya.

Beliau memberitahu, tujuan mini KUD ialah untuk membantu usahawan luar bandar mengembangkan perniagaan menerusi konsep pameran dan jualan produk daripada kampung.

“Program ini juga meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar dalam meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar di samping sebagai medium mewujudkan akses pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pelanggan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI