fbpx

Irmohizam terima anugerah sempena Kemuncak Digital Ekonomi Dunia, Teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam menunjukkan anugerah yang diterimanya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menerima pengiktirafan World Digital Economy Corporate CEO Lifetime Achievement Award  pada Kemuncak Digital Ekonomi Dunia dan Teknologi yang berlangsung di sini baru-baru ini.

WTCKL dalam kenyataannya berkata, anugerah tersebut memberi mesej penting bahawa ekonomi digital memainkan peranan penting dalam masyarakat hari ini terutama sekali selepas pandemik Covid-19.

“Ekonomi digital membuktikan bahawa ia adalah platform yang mudah untuk mencapa kemajuan positif serta dapat membantu untuk bertahan sewaktu berdepan dengan situasi krisis yang mencabar ini.

“Bagi seluruh warga kerja WTCKL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Irmohizam atas penghormatan dan pengiktirafan berprestij ini,” katanya.

Mengulas lanjut WTCKL berkata, pencapaian tersebut sudah pasti akan membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Motivasi Irmohizam untuk menerimapakai teknologi dan inovasi telah membolehkan WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepatkan pertumbuhan dalam Acara Perniagaan (BE) dan Industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) yang membolehkan industri memperoleh semula momentum pra-pandemik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI