fbpx

Borussia Dortmund bakal pecah monopoli Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI

MUNICH – Sekalipun sudah berjaya mendapatkan Sadio Mane, Bayern Munich mungkin berdepan kesukaran untuk te­rus memonopoli saingan Bundesliga musim depan.

Peringatan itu dibuat oleh bekas pemain kebangsaan Jerman, Jurgen Kohler yang turut melabel Borussia Dortmund sebagai pasukan pilihan sekaligus mele­takkan misi Bayern Munich untuk menoktahkan kejuaraan ke-11 dalam situasi bahaya.

Perubahan yang sedang dilakukan dalam pasukan Borussia Dortmund juga menguatkan lagi pendapat Kohler yang Edin Terzic mampu mengha­dirkan sesuatu buat skuad Die Schwarzgelben.

“Bagi saya, Dortmund adalah pilihan utama untuk menjuarai kejohanan tahun ini, bukannya Bayern,” kata Kohler sambil merujuk kepada perubahan yang dijangka berlaku di jentera serangan Bayern Munich selepas bintang sensasinya, Robert Lewandowski berhasrat meninggalkan pasukan.

Walaupun memuji langkah yang diambil ketika menandatangani Mane daripada Liverpool, Kohler merasakan bintang Senegal itu bukannya calon pengganti yang paling tepat untuk menggantikan Lewandowski.

Selain masalah pe­nyerang yang mungkin terpaksa dihadapi, Ba­yern Munich juga dijangka berdepan isu di barisan belakang terutama­nya selepas perpidahan Javi Martinez.

Walaupun Dortmund sudah kehilangan Erling Haaland yang berhijrah ke Manchester City, Kohler merasakan tindakan pantas kelab itu mendapatkan Karim Adeyemi dan Nico Schlotterbeck mampu meletakkan pasukan di landasan tepat.

“Dengan pelaburan yang dilakukan oleh Dortmund, mereka berpeluang untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala dan memecah dominasi Bayern Munich,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI