fbpx

3 termasuk pasangan kekasih didenda curi kabel telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu termasuk pasangan kekasih didenda selepas mengaku bersalah mencuri kabel. FOTO : NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Tiga individu termasuk pasangan kekasih didenda RM4,000 hingga RM14,000 oleh Mahkamah Kuala Pilah selepas mengaku bersalah mencuri kabel milik syarikat Telekom Malaysia Berhad pada April hingga 19 Jun lalu.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Saiful Sayoti, tertuduh Haziq Rosyazwan Jaffry Ros, 25, dan Hasfawati Hashim, 37, didakwa bersama-sama mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi itu dengan cara memotongnya menggunakan ‘cutter’ (pemotong).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Pasir Ambor, Kampung Talan, Kuala Pilah, kira-kira pukul 6.30 pagi pada 19 Jun lalu.

Haziq turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan kesalahan sama di Kampung Ulu Melang pada pukul 12.30 tengah hari, 6 Jun lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Haziq didenda RM8,500 manakala Hasfawati pula dikenakan denda RM4,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI