fbpx

Warga emas beli kereta mahal secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki warga emas membeli kereta mahal secara tunai. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang lelaki warga emas membeli kereta jenama Mitsubishi Pajero secara tunai, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

Seorang lelaki tua yang memakai jaket belang dan bersongkok dilihat duduk di hadapan kaunter sebuah kedai kereta. 

Dia dilihat mengeluarkan satu persatu gumpalan wang kertas yang disimpan di dalam karung beras untuk diserahkan kepada juruwang.

Bukan itu sahaja, warga emas berkenaan kemudian dilihat memandu kereta itu sendiri setelah selesai urusan jual beli.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jadikan saya cucu angkat datuk,” kata seorang netizen.

“Mentua saya simpan duit dalam bekas keropok,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI