fbpx

Pegasus Aqua sasar hasil RM20 juta daripada jualan pengaktif air MRET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk pengaktif air MRET dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan hidup pelanggan.

PETALING JAYA – Pegasus Aqua Sdn. Bhd. (Pegasus Aqua), mengunjurkan pendapatan lebih daripada RM20 juta untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang hasil sumbangan daripada jualan produk pengaktif air teknologi kesan resonans molekul (MRET) yang diper­kenalkannya di pasaran.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Keong Han berkata, nilai unjuran tersebut bakal dicapai ekoran permintaan tinggi daripada masyarakat terhadap produk kesihatan dan kesejahteraan yang berkualiti dan berinovatif serta memperoleh manfaat daripada kemewahan yang terus meningkat di rantau Asia Tenggara kini.

Menurut beliau, pengaktif air Pegasus Aqua MRET ini adalah satu-satunya alat yang dibenarkan di Asia Tenggara menggunakan teknologi kesan resonans molekul yang dipatenkan.

Melalui teknologi berkenaan, ia akan dapat mengubah ikatan molekul pada molekul air bagi membolehkannya diserap dengan lebih baik oleh sel dalam badan manusia.

“Setelah mengamalkan air minuman daripada pengaktif MRET, ia telah menunjukkan manfaat penyembuhan dan rejuvenasi melalui peningkatan penghidratan.

“MRET ditemui 20 tahun lepas oleh pereka dan saintis dari Rusia, Dr Igor Smirnov bersama-sama pasukan ­penyelidiknya.

“Sehingga kini, pengaktif air MRET semakin popular di pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah,” katanya dalam kenyataan.

Keong Han menerangkan, syarikat kini menjadi pengedar tunggal dan eksklusif bagi produk pengaktif air MRET di Malaysia Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Sementara itu, Smirnov menerangkan, pengaktif air MRET membantu meningkatkan kualiti kesihatan diri pelanggan melalui metabolisme yang ditambahbaik, morfologi yang diperkuatkan, peningkatan imuniti, kulit yang lebih sihat dan tenaga yang ditambah baik.

“Kami yakin bahawa Pegasus Aqua mempunyai maklumat pasaran dan bersemangat tinggi untuk menjadikan pengaktif air MRET ini sebagai suatu produk kesihatan dan kesejahteraan yang utama kepada pengguna di seluruh rantau ini,” ujarnya.

Pengaktif Air Pegasus Aqua MRET yang dijual pada harga runcit RM4,500 itu dilengkapidengan polimer nanoteknologi termaju yang disahkan serta didatangkan dengan papan induk penjana frekuensi terkini.

Setiap alat didatangkan dengan bateri Li-Ion berkuasa tinggi, berkapasiti tinggi dan boleh dicas semula bagi memastikan tempoh hayatnya yang lebih panjang.

Di samping itu, produk ber­kenaan juga memberikan kekuatan isyarat aktif yang efektif secara maksimum setiap kali digunakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN